PENJELASAN BERIKUTAN IMEJ TULAR TAUFAN YANG BERADA DI LAUTAN CHINA SELATAN 12 JULAI 2024

12 Jul 2024

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) ingin menjelaskan mengenai imej tular di media sosial pada 12 Julai 2024 yang mengatakan satu sistem taufan di Laut China Selatan dijangka akan berlaku pada 13 Julai 2024.



Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) ingin memaklumkan bahawa tidak ada sistem taufan dikesan di Laut China Selatan pada masa ini.

Berdasarkan maklumat terkini, satu kawasan tekanan rendah diperhatikan berada di Filipina pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan pada hari ini. Kasawan tekanan rendah berkenaan diramalkan akan bergerak menuju ke Kawasan Laut China Selatan dan akan bergerak ke arah Barat Laut menjauhi Negara kita.

Oleh yang demikian, keadaaan cuaca bagi Negara kita untuk beberapa hari yang akan datang dijangka sebahagian berawan dan sekali-sekala berangin, dengan hujan atau hujan berpetir berasingan berpotensi berlaku pada waktu petang dan malam.

Manakala keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit ke sederhana, di antara 0.8-1.5 meter sehingga 15 Julai 2024.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berasa resah dan untuk terus mengikuti maklumat cuaca rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan ini melalui aplikasi bimbit BruneiWX dan media-media sosial BDMD iaitu laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@brunei.weather) dan saluran Telegram kami (Brunei Weather). Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang
bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui mana-mana aplikasi media sosial tanpa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.

Wallahu a’lam Bissawab.