KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 25 JUN 2024
25 Jun 2024
1. Keadaan Cuaca Secara Am
Negara Brunei Darussalam pada masa ini berada di dalam Monsun Barat Daya, yang pada lazimnya akan berterusan sehingga bulan September.
Semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera di Negara kita pada kebiasaannya adalah agak stabil dengan kejadian ribut petir berkurangan berbanding semasa monsun peralihan. Keadaan angin secara amnya akan bertiup dari arah Barat Daya semasa tempoh ini.
2. Ramalan Keadaan Cuaca Negara Brunei Darussalam
Keadaan cuaca diramalkan aktif bagi beberapa hari yang akan datang mulai esok petang, Rabu (26/06/2024) sehingga malam Sabtu (29/06/2024), dengan hujan lebat berangin kencang sekali-sekala dijangka menjejaskan kebanyakkan kawasan Negara. Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 45 kmsj semasa atau dekat hujan lebat.
Keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, di bawah 1.0 meter.
3. Nasihat Kami
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Terdapat risiko kejadian pokok tumbang dan tanah susur semasa hujan lebat dan keadaan berangin kencang.
Banjir kilat juga boleh berlaku terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.
Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.
Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@brunei.weather) dan saluran Telegram kami (Brunei Weather).
Wallahu a’lam Bissawab.