KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 11 FEBRUARI 2023

11 Feb 2023

Keadaan Secara Am:
Negara Brunei Darussalam sekarang berada di dalam fasa kedua Monsun Timur Laut, dimana pada lazimnya angin Timur Laut adalah lebih dominan dan keadaan atmosfera adalah lebih stabil dengan pengurangan aktiviti turunan hujan.

Keadaan Cuaca di Negara Brunei Darussalam:
Walau bagaimanapun, keadaan cuaca Negara Brunei Darussalam diramalkan aktif bermula pada hari Ahad (12 Februari 2023) hingga hari Rabu (15 Februari 2023). Keadaan ini adalah disebabkan oleh pengaruh satu sistem tekanan rendah di Laut China Selatan yang menyebabkan keadaan atmosfera menjadi lembap dan seterusnya meningkatkan pembentukan awan-awan hujan yang aktif.

Hujan, sekali-sekala lebat dan berpetir, dijangka akan menjejaskan kebanyakkan kawasan Negara. Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 40 kmsj semasa atau dekat hujan lebat dan berpetir.

Di perairan Brunei, keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, dengan ketinggian ombak di bawah 1.0 meter.

Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Risiko kejadian pokok tumbang masih berpotensi berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin. Terdapat juga risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather).

Wallahu a’lam Bissawab.