KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 31 OGOS 2022

31 Aug 2022

1. Keadaan Secara Am:

Negara Brunei Darussalam pada masa ini masih berada dalam Monsun Barat Daya di mana pada amnya Negara mengalami keadaan cuaca baik pada waktu pagi dan hujan pada waktu petang.

Pada pukul 1.00 petang waktu tempatan hari ini (31 Ogos 2022), Taufan Hinnamnor telah dikesan di koordinat 25.6°N 129.4°E, di kawasan laut di Timur Laut Filipina, sekitar 2,817 km jauh dari Negara Brunei Darussalam

Rajah 1

dan satu Lekukan Tropika juga telah dikesan di koordinat 20.8°N 132.2°E, di kawasan laut di Timur Laut Filipina, sekitar 2,615 km jauh dari Negara Brunei Darussalam

Rajah 2

.

Taufan Hinnamnor diramalkan akan bergerak ke arah Barat manakala Lekukan Tropika diramalkan bergerak ke arah Barat Laut, dan kedua-dua sistem ini dijangka bergerak menjauhi negara kita.

2. Keadaan Cuaca Brunei Darussalam:

Taufan Hinnamnor dan Lekukan Tropika tidak akan memberi kesan terhadap cuaca Negara kita. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca aktif dijangka berlaku sehingga hujung minggu ini
(4 September 2022) dengan hujan atau hujan berpetir berlaku sekali-sekala, terutamanya pada waktu petang dan malam, dan keadaan hujan berkemungkinan berlanjutan hingga ke awal pagi. Hujan dijangka sekali-sekala lebat berserta angin kencang dengan kelajuan angin boleh meningkat sehingga 40 kmsj.

Keadaan laut pada amnya di paras sedikit dengan ketinggian ombak 0.6 meter.

3. Nasihat Kami:

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Terdapat risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat dan semasa kejadian air pasang. Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather).

Wallahu a’lam Bissawab.