SIARAN AKHBAR MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI KAJICUACA SEDUNIA 2022

22 Mar 2022

Selasa, 22 Mac 2022 – Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil secara maya pada petang ini sempena Sambutan Hari Kajicuaca Sedunia 2022. Majlis didahului dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil beramai-ramai diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Dihindari Dari Wabak Penyakit Covid-19.

Hadir secara maya di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Selaku ahli kepada Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO), negara kita mengadakan majlis ini untuk turut sama memperingati 23 Mac iaituu tarikh tertubuhnya badan saintifik dunia ini yang berada di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1950. Disamping itu, hari bersejarah ini juga diraikan bagi menghargai sumbangan-sumbangan penting yang diberikan oleh Perkhidmatan-Perkhidmatan Kajicuaca dan Hidrologi Kebangsaan di seluruh dunia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Pada tahun ini tema sambutan ialah ‘Amaran Awal dan Tindakan Awal atau ‘Early Warning and Early Action’.

Turut hadir secara maya di majlis ini ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Pengarah Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam selaku Pengerusi Majlis, Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.