KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 17 MAC 2022
17 Mar 2022
Keadaan Monsun di Negara Brunei Darussalam
Negara Brunei Darussalam masih berada dalam Monsun Timur Laut di mana keadaan cuaca aktif selalunya berlaku pada waktu petang dan malam hingga ke awal pagi.
Negara kita akan beralih kepada Monsun Peralihan (Inter-Monsoon) bermula bulan April. Semasa tempoh Monsun Peralihan ini, keadaan cuaca Negara kita pada amnya cenderung panas pada waktu siang, manakala kejadian ribut petir berpotensi berlaku di kawasan pedalaman pada waktu petang dan merebak ke kawasan pesisiran dan perairan Negara pada waktu malam. Kejadian ribut petir, kadangkala lebat dan berangin kencang boleh berlaku dan terdapat risiko banjir kilat atau banjir semasa tempoh Monsun Peralihan nanti.
Keadaan Cuaca di Negara Brunei Darussalam
Keadaan cuaca aktif diramalkan berlaku bermula esok, 18 Mac 2022 hingga 21 Mac 2022 disebabkan oleh pembentukkan awan hujan yang aktif di kawasan Negara kita.
Hujan dan hujan berpetir sekali-sekala dijangka berlaku dengan angin kencang meningkat sehingga 45 kmsj semasa atau dekat hujan lebat atau hujan berpetir.
Keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit di bawah 1.0 m.
Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Terdapat risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berlanjutan lebih dari 1 jam dan semasa kejadian air pasang. Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.
Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.
Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather).
Wallahu a’lam Bissawab.
Dikeluarkan