KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 25 JANUARI 2022 Keadaan Cuaca
23 Dec 2021
Keadaan Cuaca Brunei Darussalam:
Negara Brunei Darussalam masih berada dalam Monsun Timur Laut di mana keadaan cuaca aktif selalunya berlaku pada waktu petang dan malam hingga ke awal pagi.
Keadaan cuaca aktif diramalkan berlaku bermula hari esok (26 Januari 2022) hingga 28 Januari 2022 disebabkan oleh pembentukan awan hujan yang aktif di kawasan negara kita. Hujan dan hujan berpetir sekali-sekala dijangka berlaku dengan angin kencang meningkat sehingga 45 kmsj semasa atau dekat hujan lebat.
Keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit sehingga 1.0 m sepanjang minggu ini.
Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Risiko berlakunya banjir kilat boleh berlaku terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berlanjutan lebih dari 1 jam dan semasa kejadian air pasang. Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan dan keadaan berangin.
Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.
Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather).
Wallahu a’lam Bissawab.