Keadaan Cuaca Brunei Darussalam:
Negara Brunei Darussalam masih berada dalam Monsun Barat Daya.
Cuaca negara dijangka aktif bermula pada 27 September 2021 sehingga 29 September 2021 disebabkan oleh pembentukan awan hujan yang aktif di kawasan negara kita dan seterusnya meningkatkan jumlah turunan hujan.
Hujan di kawasan pesisiran dan hujan berpetir di kawasan pedalaman dijangka berlaku pada waktu petang, kemudian bergerak ke kawasan laut pada waktu malam. Keadaan hujan sekali-sekala dijangka berlanjutan sehingga waktu pagi. Hujan dijangka lebat sekali-sekala dengan kelajuan angin boleh meningkat sehingga 40 kmsj.
Keadaan laut berombak di paras sedikit dan dijangka meningkat sehingga 1.0 m semasa hujan.
Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian akan risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat. Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan dan keadaan berangin.
Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.
Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang
www.met.gov.bn atau melalui laman
Facebook @bruneiweather dan
Instagram @bruneiweather.
Wallahu a’lam Bissawab.