KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 26 OGOS 2021

26 Aug 2021

Keadaan Secara Am:
Negara Brunei Darussalam masih berada dalam Monsun Barat Daya.

Secara amnya pada minggu lepas, cuaca Negara kita dipengaruhi oleh angin tempatan yang menyebabkan pembentukan hujan berpetir di kawasan pedalaman pada waktu petang dan kemudian bergerak melintasi Negara menuju kawasan laut pada waktu malam.

Keadaan Cuaca Brunei:
Pada ketika ini, cuaca Negara kita masih dipengaruhi oleh angin tempatan dan keadaan cuaca aktif masih dijangka sehingga hujung bulan ini.

Hujan berpetir di kawasan pedalaman pada waktu petang dan kemudian bergerak ke kawasan laut pada waktu malam masih dijangka berlaku. Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 40 kmsj semasa atau dekat hujan lebat.

Di kawasan perairan Negara, ketinggian ombak dijangka meningkat sehingga 1.0 m semasa hujan.

Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian akan risiko banjir kilat terutamanya di kawasankawasan rendah dan mudah banjir semasa hujan lebat dan juga bahaya kejadian pokok tumbang semasa keadaan berangin.

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.
Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather).

Wallahu a’lam Bissawab.