KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 19 OGOS 2021

19 Aug 2021

Keadaan Secara Am:

Negara Brunei Darussalam masih berada dalam Monsun Barat Daya.

Pada awal minggu ini, cuaca Negara kita dipengaruhi oleh angin tempatan yang menyebabkan pembentukan hujan berpetir di kawasan pedalaman pada waktu petang dan kemudian bergerak melintasi Negara menuju kawasan laut pada waktu malam.

Keadaan Cuaca Brunei:

Pada ketika ini, terdapat sistem tekanan rendah di kawasan Laut Cina Selatan, yang pada lazimnya akan
mempengaruhi keadaan cuaca menjadi aktif dijangka bermula pada hari ini (19 Ogos 2021) hingga hari Selasa (24 Ogos
2021).

Keadaan cuaca pada amnya tidak menentu dengan hujan lebat sekali sekala dan ada kalanya berpetir berserta angin
kencang dengan kelajuan angin boleh mencecah 45 kmsj.

Di kawasan perairan Negara, ketinggian ombak dijangka meningkat sehingga 1.0 m semasa hujan.

Nasihat Kami:

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian akan risiko banjir kilat terutamanya di kawasan-
kawasan rendah dan mudah banjir semasa hujan lebat dan juga bahaya kejadian pokok tumbang semasa keadaan berangin.

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan,
nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan mengambil
langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.
Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit
kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau
amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal
cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather).