PERMULAAN MONSUN BARAT DAYA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 29 MEI 2021

29 May 2021

Negara Brunei Darussalam akan memasuki Monsun Barat Daya pada awal bulan Jun ini. Tempoh Monsun Barat Daya dijangka akan berterusan sehingga bulan September 2021.

Sepanjang musim Monsun Barat Daya ini, keadaan atmosfera pada kebiasaannya adalah agak stabil dan aktiviti kejadian ribut petir adalah kurang berbanding semasa musim Peralihan Monsun (bulan April
dan Mei yang lalu). Semasa kemuncak monsun ini, iaitu sekitar buIan Ogos, Negara kebiasaannya akan mengalami keadaan sedikit berjerebu akibat cuaca kering di rantau Asia Tenggara. Manakala purata
hari-hari tanpa hujan bagi bulan Jun, Julai dan Ogos adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan purata hari-hari tanpa hujan di bulan Disember dan Januari semasa tempoh Monsun Timur Laut.
Semasa Monsun Barat Daya, pada lazimnya, angin bertiup dari arah Barat Daya.

Musim Barat Dayajuga menandakan bermulanya musim kejadian sistem siklon yang aktif, seperti ribut tropika dan taufan, di kawasan rantau Barat Daya Pasifik dan Laut Cina Selatan. Sekiranya sistem
siklon dikesan, ianya secara tidak langsung berpotensi mempengaruhi keadaan cuaca Negara kita dan menyebabkan cuaca yang tidak menentu dengan sekalisekala berlaku hujan ribut petir berserta angin
kencang,tertakluk kepada jarak lokasi sistem tersebut dari kawasan Negara kita.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan lnstagram (@bruneiweather).




Wallahu a'lam Bissawab.