KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 09 NOVEMBER 2020

09 Nov 2020

Keadaan Secara Am:
Pada masa ini, pembentukan sistem siklon masih aktif di kawasan Barat Lautan Pasifik dan Laut Cina Selatan.
Pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan hari ini, Ribut Tropika ‘Etau’ berada di lokasi 12.9°N 113.4°E, di kawasan Utara Laut Cina Selatan, iaitu sekitar 888 km jauh dari Negara Brunei Darussalam. Ribut Tropika ‘Etau’ diramal akan bergerak ke arah Barat, menjauhi Negara kita.

Keadaan Cuaca Brunei Darussalam:
Secara tidak langsung cuaca Negara Brunei Darussalam juga akan dipengaruhi oleh Ribut Tropika ‘Etau’, sehingga hari Rabu, 11 November 2020. Hujan kadang kala berangin dan berpetir dijangka berlaku terutama di kawasan perairan negara dan sekali sekala merebak ke kawasan darat. Kelajuan angin boleh mencapai sehingga 45 kmsj berdekatan ribut petir.

Ketinggian ombak di kawasan perairan Brunei Darussalam adalah dijangka pada paras sederhana mencecah sehingga ketinggian 1.5 meter.

Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian akan risiko banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir semasa hujan lebat dan juga bahaya kejadian pokok tumbang semasa keadaan berangin.

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau perkembangan keadaan cuaca dari masa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika dan bila perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114 atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial media, Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather) dan aplikasi bimbit Brunei WX.

Wallahu a’lam Bissawab.