PERMULAAN TEMPOH PERALIHAN MONSUN BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 26 MAC 2020
28 Mar 2020
Negara Brunei Darussalam telah memasuki tempoh peralihan monsun dan dijangka berterusan sehingga hujung bulan
Mei atau awal bulan Jun. Tempoh ini adalah tempoh peralihan dari Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya.
Sepanjang tempoh ini, ketiadaan luruan angin monsun telah membolehkan kesan angin tempatan untuk memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi cuaca harian kita. Berdasarkan rekod klimatologi, kekerapan kejadian
ribut petir adalah tinggi semasa tempoh peralihan monsun ini dengan purata hari-hari yang berhujan bagi bulan April
ialah 17 hari dan bagi bulan Mei ialah 18 hari.
Sepanjang tempoh ini negara lazimnya mengalami:
1. Keadaan cuaca cenderung panas pada waktu siang;
2. Tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah pada waktu pagi, manakala pembentukan awan
ribut petir berlaku di waktu petang;
3. Ribut petir kebanyakkannya berlaku di kawasan pedalaman pada waktu petang dan merebak ke kawasan
pesisiran dan perairan negara pada waktu sebelah malam hingga awal pagi.
Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca
jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan
melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather), Instagram
(@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungi peramal cuaca yang bertugas
di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.
Wallahu a'lam Bissawab.