KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 20 FEBRUARI 2020
20 Feb 2020
Negara Brunei Darussalam pada masa ini di dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga
hujung bulan Mac 2020. Berdasarkan klimatologi Negara Brunei Darussalam, bulan Februari dan Mac mempunyai
bilangan hari-hari berhujan dan juga jumlah turunan hujan yang terendah berbanding bulan-bulan lain.
Sepanjang tempoh ini negara pada lazimnya akan mengalami keadaan cuaca yang panas dan kering, di mana aktiviti
turunan hujan juga berkurangan disebabkan keadaan atmosfera yang stabil.
Impak-impak cuaca yang berpotensi berlaku semasa tempoh fasa kedua Monsun Timur Laut adalah keadaan panas di
waktu siang, dan ada kalanya suhu udara maksima meningkat antara 33 ke 35 darjah Celsius dan keadaan kering juga
boleh menyebabkan cuaca sedikit berjerebu.
Ramalan am bagi Negara kita sehingga hujung minggu ini adalah berangin terutamanya di kawasan laut. Keadaan
berangin dijangka boleh menyebabkan keadaan ombak meningkat ke paras bergelora yang mencapai ketinggian 3.0
meter. Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 40-50 kmsj. Keadaan ini adalah merbahaya terutamanya kepada botbot kecil dan aktiviti rekreasi dan sukan di laut.
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan
mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti
maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook
(@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat
menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.
Wallahu a'lam Bissawab.