KEADAAN CUACA TERKINI BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 28 DISEMBER 2019
28 Jan 2020
Negara Brunei Darussalam pada masa ini berada di separuh pertama Musim Monsun Timur Laut
yang lazimnya akan menerima turunan hujan yang tinggi. Keadaan cuaca hujan dijangka akan
berlaku dikebanyakkan hari sehingga ke penghujung bulan Januari 2020. Secara amnya cuaca
adalah tidak menentu dengan hujan atau hujan berpetir berlaku pada waktu malam dan awal pagi.
Nasihat Ribut Tropika: Ribut Tropika PHANFONE
Taufan PHANFONE semakin menurun kekuatannya dan sekarang dikategorikan sebagai Ribut
Tropika PHANFONE. Pada 5:00 pagi jam tempatan hari ini, Ribut Tropika PHANFONE dikesan di
koordinat 14.9°N 115.3°E, di Laut China Selatan, kira-kira 1,100 km jauh dari Negara Brunei
Darussalam. Ribut Tropika PHANFONE dijangka akan terus bergerak ke arah barat.
Keadaan Cuaca Brunei
Cuaca baik dijangkakan hingga minggu depan terutamanya pada siang hari, akan tetapi hujan juga
berkemungkinan berlaku pada waktu malam dan sekali-sekala berterusan hingga awal pagi.
Keadaan laut berombak sehingga paras bergelora, maksimum 2.0 meter.
Nasihat Kami
Semasa keadaan hujan berterusan dan lebat, adalah penting bagi orang ramai mengambil perhatian
akan risiko kejadian banjir atau banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah
banjir. Risiko kejadian tanah susur juga akan meningkat terutama apabila berlakunya hujan lebat
berpanjangan melebihi dua jam. Risiko kejadian banjir yang lebih teruk boleh berlaku apabila hujan
berintensiti lebat bertembung dengan kejadian air pasang. Jika keadaan laut bergelora dan angin
kencang adalah berbahaya terutamanya kepada bot-bot kecil dan semua aktiviti rekreasi dan sukan
laut.
Oleh yang demikian, orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan
supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang
bersesuaian untuk keselamatan semua.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat
cuaca yang tidak berasas melalui media-media sosial yang boleh mengakibatkan panik dan
kekhuatiran kepada orang ramai. Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau
keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.
Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini
dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook
(@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga
dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui
Talian Cuaca 114.
Wallahu a’lam Bissawab.