KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 02 DISEMBER 2019

03 Dec 2019

1. Keadaan Secara Am:
Negara Brunei Darussalam sekarang berada dalam Musim Monsun Timur Laut yang biasanya berakhir pada bulan Mac. Pada dua bulan pertama Monsun Timur Laut (bulan Disember dan Januari), yang juga dikenali sebagai Musim Tengkujuh, lazimnya mempunyai jumlah turunan hujan yang tertinggi berbanding dengan bulan-bulan lain. Semasa tempoh ini, keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan lebat atau hujan berpetir sekali-sekala berlaku terutama pada waktu malam dan awal pagi. Manakala semasa tempoh separuh kedua Monsun Timur Laut (bulan Februari dan Mac), keadaan atmosfera cenderung menjadi lebih stabil dengan pengurangan turunan hujan.

Pada 2hb Disember 2019, jam 8:45 pagi waktu tempatan, Taufan 'KAMMURI' berada di koordinat 12.9 deg N 126.6 deg E, di kawasan timur Filipina,
kira-kira 1530 km jauh daripada Negara Brunei Darussalam dan dijangka bergerak ke arah Barat.

Keadaan Cuaca Brunei:
Keadaan cuaca Negara kita secara tidak langsung dipengaruhi oleh kesan 'tail-end' Taufan 'KAMMURI' pada minggu ini. Oleh itu, dan ribut petir
sekali-sekala, dan kadangkala beserta angin kencang dijangka berlaku terutama di kawasan laut dan pesisiran pantai. Luruan angin Timur Laut yang kuat boleh meningkatkan ketinggian ombak di perairan Brunei ke paras bergelora sekitar 2.6 meter.

3. Nasihat Kami:
Semasa Musim Tengkujuh adalah penting untuk orang ramai mengambil perhatian bahawa risiko kejadian banjir atau banjir kilat di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir, dan risiko kejadian tanah susur akan meningkat terutama apabila berlakunya hujan lebat melebihi tempoh dua jam.
Risiko kejadian banjir yang lebih teruk boleh berlaku apabila hujan berintensiti lebat bertembung dengan kejadian air pasang.

Oleh yang demikian, orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua, dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather),dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahu a'lam Bissawab.