KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 16 SEPTEMBER 2019

16 Sep 2019

1. Keadaan Secara Am:

Negara Brunei Darussalam pada masa ini masih berada dalam Monsun Barat Daya yang dijangka akan berterusan sehingga penghujung bulan September, dimana aliran angin pada amnya akan bertiup dari arah Barat Daya. Tidak ada pembentukan sistem siklon atau ribut tropika dikesan di rantau kita pada masa ini.

Sementara itu, keadaan cuaca kering berterusan berlaku di kebanyakan kawasan selatan ASEAN dengan kelompok titik panas dikesan di rantau ini. Kebanyakan asap jerebu terus ditiup oleh angin Barat Daya ke arah negara kita dan menyebabkan kejadian jerebu rentas sempadan. Walau bagaimanapun, mengikut model ramalan cuaca berangka, aliran angin di Negara Brunei Darussalam berkemungkinan akan bertukar arah menjadi Timur Laut atau Timur buat sementara menjelang hujung minggu ini.

2. Keadaan Cuaca Brunei:

Stesen Pencerapan Cuaca Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah merekodkan jarak penglihatan mendatar antara 1 hingga 4 km (dibandingkan dengan jarak penglihatan mendatar melebihi 10 km pada waktu cuaca baik) sejak tempoh 24 jam kebelakangan disebabkan keadaan berjerebu.
Keadaan cuaca berjerebu ini dijangka akan berterusan dan berkemungkinan akan beransur-ansur berkurangan buat sementara bermula hujung minggu ini, disebabkan oleh perubahan sementara tiupan arah angin.

3. Nasihat Cuaca:

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan mengambil langkah sewajarnya semasa keadaan berjerebu.
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang ww.met.gov.bn
atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahu a'lam Bissawab.