KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 14 SEPTEMBER 2019
16 Sep 2019
1. Keadaan Secara Am:
Negara Brunei Darussalam pada masa ini masih berada dalam Monsun Barat Daya, dimana aliran angin pada amnya akan bertiup dari arah Barat Daya. Pembentukan sistem siklon, seperti ribut tropika dan taufan, di kawasan rantau Barat Daya Pasifik dan Laut China Selatan juga aktif pada musim ini.
Jika berlaku, negara akan mengalami keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan ribut petir berserta angin kencang berlaku sekali-sekala, tertakluk kepada jarak lokasi sistem siklon dari kawasan negara.
Walaubagaimanapun pada masa ini, tidak ada pembentukan sistem siklon atau ribut tropika dikesan. Sementara itu, keadaan cuaca kering berterusan berlaku di kebanyakan kawasan selatan ASEAN dengan kelompok titik panas dikesan di rantau ini. Kebanyakan asap jerebu terus ditiup oleh angin ke arah negara kita dan menyebabkan kejadian jerebu rentas sempadan.
2. Keadaan Cuaca Brunei:
Stesen Pencerapan Cuaca Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah merekodkan jarak penglihatan mendatar antara 4 hingga 7 km (dibandingkan dengan jarak penglihatan mendatar melebihi 10 km pada waktu cuaca baik) sejak tempoh 24 jam kebelakangan disebabkan keadaan berjerabu. Keadaan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh keadaan berjerebu. Keadaan berjerebu ini dijangka akan berterusan bagi beberapa hari akan datang.
Keadaan cuaca Negara sehingga esok, hari Ahad sebahagiannya masih dipengaruhi oleh kawasan tekanan rendah terletak di utara Laut China Selatan pada jarak 1000 km jauh dari negara kita. Keadaan ini masih boleh menyebabkan cuaca berangin atau hujan berangin ribut berlaku sekali-sekala terutamanya di kawasan perairan dan persisiran Negara. Keadaan ombak di perairan Brunei juga dijangka sekali-sekala meningkat ke paras bergelora sehingga
3.0 meter.
3. Nasihat Cuaca:
Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada semua bot bersaiz kecil, dan semua aktiviti rekreasi dan sukan laut
(seperti berenang, jetski, scuba diving dan lain-lain). Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan mengambil langkah sewajarnya. Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.
Wallahu aÂ’lam Bissawab.