KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 16 APRIL 2019

17 Apr 2019

Negara Brunei Darussalam telah memasuki tempoh peralihan monsun dan dijangka berterusan sehingga akhir bulan Mei atau awal bulan Jun.
Tempoh ini adalah tempoh peralihan dari Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya. Sepanjang tempoh ini, ketiadaan luruan angin monsun telah membolehkan kesan angin tempatan untuk memainkan peranan dalam mempengaruhi cuaca harian kita.

Sepanjang tempoh ini, negara lazimnya menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah pad a waktu pagi dan aktiviti perolakan pada waktu petang yang mengakibatkan pembentukan awan ribut petir. Keadaan cuaca cenderung panas semasa waktu siang manakala kejadian ribut petir berpotensi berlaku di kawasan pedalaman pada waktu petang dan merebak ke kawasan pesisiran dan perairan negara pada waktu sebelah malam hingga awal pagi. Berdasarkan rekod klimatologi, kekerapan kejadian ribut petir adalah tinggi semasa tempoh peralihan monsun ini.

Disamping itu, keadaan EI-Nino berintensi lemah telah dikesan di Lautan Pasifik sejak awal tahun ini. Pengaruh cuaca sinoptik ini boleh menyumbang kepada sedikit peningkatan suhu udara harian yang kadang-kadang melebihi 34℃. Kebanyakan pusat iklim antarabangsa meramalkan bahawa keadaan EI-Nino berintensi lemah mungkin berterusan, dengan kebarangkalian 80%, sehingga sekitar Jun 2019.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikutkan maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari Iaman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti Iaman Facebook (@bruneiweather), lnstagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahu a'lam Bissawab.