KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 7 FEBRUARI 2019

09 Feb 2019

Negara Brunei Darussalam kini memasuki fasa kedua musim Timur Laut. Mengikut kilmatologi Negara Brunei Darussalam, bulan Februari dan Mac adalah dikategorikan sebagai dua bulan terkering dengan jumlah turunan hujan yang terendah berbanding dengan bulan-bulan lain.

Negara kita dijangka akan mengalami keadaan atmosfera yang agak stabil sehingga hujung bulan Mac. Keadaan cuaca sedikit berangin juga dijangka berlaku sekali-sekala semasa terjadinya peningkatkan luruan angin timur laut di rantau kita. Semasa tempoh yang agak kering ini, kejadian hujan atau hujan berpetir berasingan masih berpotensi berlaku di sekitar kawasan negara terutama pada waktu awal pagi dan lewat petang ke awal malam. Impak cuaca yang berpotensi berlaku semasa tempoh fasa kedua musim Timur Laut adalah:

•Keadaan sedikit kering akibat pengurangan aktiviti turunan hujan;
•Kecenderungan bagi pembentukan kabus dan kabut semasa waktu pagi yang akan mengakibatkan pengurangan jarak penglihatan mendatar;
•Peningkatan suhu udara melebihi 34 ℃;
•Keadaan kering yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko kebakaran belukar atau hutan.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikutkan maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahu a'lam Bissawab.