Sistem Pemantauan Radar Cuaca Doppler sedang menjalani penyelenggaraan berjadual.
06 Jul 2023
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam ingin mengumumkan bahawa Sistem Pemantauan Radar Cuaca Doppler kami sedang menjalani aktiviti penyelenggaraan berjadual sehingga Sabtu, 8 Julai 2023.
Penyelenggaraan tersebut akan menyebabkan animasi radar di laman web kami dan aplikasi mudah alih Brunei WX beroperasi secara berkala.
Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.