Pembukaan Semula Kaunter Pembelian Data Iklim
21 Sep 2021
Kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa kaunter bagi pembelian data iklim dibuka semula pada hari Isnin, 20 September 2021. Kami ingin memastikan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja pembasmian telah selesai dilaksanakan dan tidak lagi ada risiko terhadap pelanggan dan kakitangan Jabatan di bangunan kami.
Dalam mematuhi saranan Kementerian Kesihatan mengenai langkah-langkah kawalan Covid19, kami ingin mengingati para pelanggan bahawa,
• Pengambilan dan pembayaran data hanya dilakukan semasa perjanjian yang dibuat melalui talian kami 2381342;
• Hanya seorang wakil yang dibenarkan untuk hadir;
• Melapor diri kepada pengawal keselamatan di pos sekuriti semasa ketibaan;
• Hanya kod hijau atau kuning di dalam applikasi bimbit BruHealth yang dibenarkan masuk ke
dalam bangunan;
• Periksa suhu badan dan pastikan sungkup muka dipakai sepanjang masa; • Setiap slot perjanjian adalah tidak melebihi 30 minit.
Kami akan tetap komited dalam menjaga keselamatan kakitangan, pelanggan dan juga seluruh komuniti semasa keadaan yang mencabar ini. Kami tidak lupa mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kefahaman awda.
Dikeluarkan pada 20 September 2021.